Corat-coret

 

Hi..aaa..bertemu plak kita kat ruangan corat-coret. Dah kenal dah ngan diri aku ni? Okey kalau dah kenal sekarang aku nak ajak korang merapu sikit…alaa..bukannye ape…nak buat penyedap ajer. Korang nak dengar tak cerita ni…maybe korang penah dengar, dan aku harap korang ambil iktibar atas cerita aku ni…ceritanyer macam ni…

Ada seorang tua di zaman dahulu kala, dia ni sungguh pandai lagi bijaksana,

kerana dia ada memelihara seekor toyol. Toyolnya akan memberitahu apa sahaja yang

dikehendaki oleh si tua tadi. makanya si tua itu amat dihormati oleh orang kerana kepandaianya itu.

Maka hendak dijadikan cerita tibalah pada hari kematiannya, lalu berpesan si tua tadi kepada toyolnya "toyol...sebelum

aku mati aku hendak engkau menjalankan tugasmu untuk ku yang terakhir. Sebelum aku dikebumikan, tolong tuliskan jawapan

yang mesti aku jawapkan apabila malaikat soalkan nanti. Tuliskan jawapan yang diberikan oleh iman itu pada kain

kapanku , samji""orait bos! " kata si toyol itu. "baguih"kata si tua itu.Maka sekoyong-koyong kemudian, 'padam'lah si tua.

Maka setelah selesai mayat si tua itu dikapankan dan telah selamat juga dia dikebumikan barulah toyol tersebut

teringatkan pesanan si tua tadi. "aiseh ! aku terlupa la nak tuliskan jawapannya yang pak iman bagi tadi, tak ape bos aku terer,

pandai-pandailah dia menjawapnya nanti " kata si toyol derhaka itu.Sebaik sahaja semua hadirin meninggalkan tanah perkuburan,

maka datanglah malaikat mungkar dan nakir. "MA ROBBUKA" tanya malaikat tadi. Si tua itu dengan penuh cool nye lagi

berlagak macho pun bangun sambil mengeliat. Dia menjangkakan toyolnya telah menulis jawapan pertanyaan malaikat itu pada kain kapannya.

Dia pun teruslah membelek kain kapannya untuk mencari jawapan bagi soalan tersebut. Tiba-tiba dia ternampak satu tulisan pada

hujung kain kapannya. Dengan penuh konfiden lagi bersemangat patriotik dia pun menjawab dengan lantang. "MADE IN CHINA !!!!!"

Apa lagi "PIAP", dapat seliang,70 kaki masuk ke dalam tanah. Hehehehehe….

MORAL : beramal-amal lah bebanyak supaya senang di kemudian hari....

 

Haa…dah paham dah?? Tu la…kita hidup ni kena la banyak buat amal. Takut2 nanti kat akhirat tak senang duduk pulak…aku banyak lagi citer nak bagi kat korang ni…tapi aku rasa cukup la yang ni dulu…esok2 aku aku citer lah lagi kat korang yek!!! Kalau korang tak puas jugak cuba korang tengok2 apa benda yang ada kat bawah ni…

Sketsa mengenai Dugong

  1. Ghafar, "Dugong? Dugong tu apa? Makanan dalam tin ke?." Berita Harian.
  2. Rahim Nor, "Dugong tu "provoke" saya. Dia kata saya ni bapak anjing laut." URTV.
  3. Megat Junid, " Ibu dugong tu janda ke?" Majalah Mangga.
  4. Dr. M, "The wound on the dugong was ..apa nama.. self inflicted." NST.
  5. Brahim Ali, "UMNO will sue the dead dugong's family forembarassing the goverment of M'sia." TV3 News.
  6. Najib, " Biologi Dugong akan diperkenalkan dalam KBSM & KBSR."NTV7.
  7. Samy, "I shed tears for the dugong." The Sun.
  8. Sanusi, " Kita akan adakan kempen mengurat dugong." RTM1.
  9. Justice Paul, "Irrelevant. The death of the dugong was beyond the government's jurisdiction". The Star.
  10. Abdullah Badwi, "Jabatan Haiwan akan dikerah supaya bersikap mesra dugong." Harian Metro.
  11. Harakah 13 Mac " Tan Sri Rahim Thamby Chik ingin tahu kalau-kalau dugong tu ada anak dara, Kalau ada he...he.."
  12. Isa :, Saya setuju dengan pendapat Datuk Seri, Dugong tu saja aje bunuh diri. Tapi tu tak penting yang penting parti.....
  13. Tuk Mat:, Kita akan benarkan ibu Dugong tu gunakan satelite disk. Itu pun kalau rumah dia kat Sabah.
  14. Azizan: Dugong tu lah yang dulu cuba liwat saya... tapi saya lupa bila....
  15. Mohd Said Awang: Kita tak sempat utk turning-over the dugong. It has turned-over itself.