Make your own free website on Tripod.com

 -AKU-

hai…haa…akhirnya korang bukak jugak hp aku ni yek! Anyway thanks ler sebab korang dah luangkan masa korang menengok hp aku yang simple nie…first aku nak ucapkan tengkiu bebanyak pada Ijat sebab dah banyak tujukkan aku cara2 nak buat hp ni..thanks jugak pada family aku sobab tolong bayarkan bil internet ngan bil api…ekekekek

Okey…ruangan ni aku sediakan khas untuk korang mengenali diri aku ni. Yelah kata orang tak kenal maka tak cinta…so dah kenal-kenal ni buleh la bercinta-cinta kan??? Hehehehe…so kalau korang nak tau, aku ni sebenarnya lahir kat Pahang (hospital mentakab). Masa bulan julai 1978..maknanya dah 21 tahun aku hidup kat dunia ni…ahamdulillah…adik bradik aku ade 6 orang, 3 laki dan 3 pompuan. Kak long aku dah kerja, ke-2 aku, adik aku yg ke-3 baru lepas spm, yg ke-4 form 4, ke-5 form 2 dan last sekali darjah 4.

Skarang aku nak citer pasal zaman aku sekolah lak..aku tadika kat TABIKA KEMAS lubok china. Lepas tu aku sekolah rendah kat SKTB…aku sekolah menengah lak kat SGB, masjid tanah. Lepas spm aku dapat masuk UTM. So, sekarang aku dah grad (diploma ukur bahan)…alhamdulillah.

Korang kalau selalu main Irc, korang boleh jumpa aku kat #qs, #utm, #melaka ngan #temerloh. Aku memang biasa lepak kat # tu ajer…nick aku macam biasa la (bengkak @ abg_beng @ mohd_beng). Kalau korang ada icq plak, korang boleh la msg aku kat icq…# icq aku 6682607…email aku? Email pun nak jugak? Boleh-boleh…tapi korang kena ler rerajin hantor email…ni la email aku beng_kak@hotmail.com.

Korang minat mancing tak? Tak kira la ikan bertudung ke ikan tak bertudung ke…kalau minat, bagus aaa. Boleh kongsi pengalaman ngan aku…aku pun minat mancing gak…masa kat jb rakan pancing aku macam biasa la…Wa, Pojie, Wan ngan Amli. Kita citer lagi pasal mancing ni kat ruangan pancing-pancing yek!